Produk Kami
Produk
Pilih Produk, Ikut Keperluan Anda
Daripada pantyliner kain sebagai langkah pertama, hingga kepada set lengkap penjagaan haid, Mila Melia menyediakan rangkaian reusable period care yang selesa, selamat dan mesra alam untuk menyokong gaya hidup wanita.
Pengenalan Tentang Produk
INFO UNTUK PANTIES MENSTRUASI
Panties Menstruasi Anti Bocor | Seluar Dalam Haid Selesa & Bernafas
Panties menstruasi ini adalah seluar dalam haid kalis bocor yang dipakai seperti panties biasa — ringan, lembut dan bernafas. Direka khas untuk memberi perlindungan tambahan ketika haid tanpa rasa panas atau lembap walaupun dipakai lama.
Perlindungan Tambahan Ketika Haid
Panties haid anti bocor • Lebih yakin bergerak
Panties menstruasi ini berfungsi sebagai backup keselamatan untuk mengelakkan kebocoran mengejut. Ia membantu melindungi pakaian daripada kesan bocor dan sesuai dipakai ketika bekerja, keluar rumah atau melakukan aktiviti harian.
Paling Sesuai Dipakai Dengan Menstrual Cup
Period panties ringan • Rasa bebas semasa haid
Panties menstruasi ini sangat sesuai dipakai bersama menstrual cup. Ramai pengguna merasai keselesaan seperti tidak memakai apa-apa ketika haid. Ia bertindak sebagai perlindungan sokongan sekiranya berlaku kebocoran kecil daripada cup.
Lebih Yakin Bila Dipakai Bersama Pad
Seluar dalam haid sebagai backup pad.
Apabila dipakai bersama pad, panties menstruasi ini menjadi penyelamat jika pad bocor. Membantu mencegah darah haid daripada terkena seluar atau pakaian, sekali gus memberi rasa lebih yakin sepanjang hari.
Perlindungan Maksimum Waktu Tidur
Lapisan kalis bocor direka sehingga ke bahagian atas panties, menjadikannya sesuai untuk tidur malam walaupun banyak bergerak. Kurangkan risiko bocor ke tilam dan cadar supaya tidur lebih lena.
Material Mesra Kulit & Bernafas
Seluar dalam haid kapas • Tidak panas
Diperbuat daripada material lembut, bernafas dan mesra kawasan sensitif. Panties menstruasi ini selesa dipakai sepanjang hari serta tidak mudah luntur warna dengan penjagaan yang betul.
Kenapa Wanita Perlu Ada Panties Menstruasi Ini?
Panties menstruasi ini bukan pengganti pad sepenuhnya untuk aliran haid berat, tetapi seluar dalam haid anti bocor yang sangat penting sebagai perlindungan tambahan. Terutamanya untuk tidur malam, aktiviti luar dan penggunaan menstrual cup.
INFO UNTUK PANTIES MENSTRUASI
Menstrual Cup: Apakah Ia & Kenapa Wanita Wajib Cuba Sekurang-kurangnya Sekali
Menstrual cup ialah alat kebersihan haid yang diperbuat daripada silikon perubatan (medical-grade silicone) dan digunakan dengan cara dimasukkan ke dalam faraj untuk mengumpul darah haid, bukan menyerap seperti pad atau tampon.
Ia boleh digunakan sehingga 8–12 jam, bergantung kepada aliran haid, dan boleh dipakai semasa tidur, bekerja, bersenam malah ketika travel tanpa rasa risau bocor.
Kenapa Menstrual Cup Semakin Popular?
Menstrual cup kini menjadi pilihan ramai wanita kerana ia:
- Lebih selesa & bebas bergerak
- Jimat kos jangka panjang
- Mesra alam & kurang sisa
- Lebih bersih bila dijaga dengan betul
Kenapa Wanita WAJIB Cuba Menstrual Cup Sekurang-kurangnya Sekali?
1. Rasa “tak pakai apa-apa” masa haid
- Bila saiz sesuai dan dipakai dengan betul, ramai wanita rasa langsung tak sedar mereka sedang haid. Tiada rasa lembap, tebal atau melekat seperti pad.
2.Kurang risiko bocor
- Menstrual cup membentuk seal di dalam faraj. Bila dipakai bersama panties menstruasi, ia jadi perlindungan berganda yang sangat meyakinkan – siang atau malam.
3. Jimat beratus ringgit
- Satu menstrual cup boleh tahan 5–10 tahun. Tak perlu beli pad setiap bulan. Pelaburan sekali, guna lama.
4. Lebih mesra tubuh wanita
- Tiada bahan kimia, pewangi atau gel penyerap. Sesuai untuk wanita yang kulit sensitif atau kerap gatal bila guna pad biasa.
5. Pilihan lebih bertanggungjawab untuk alam sekitar
- Kurangkan pembuangan pad pakai buang setiap bulan. Lebih bersih, lebih lestari.
Cara Penjagaan Menstrual Cup Yang Betul
Penjagaan yang betul sangat penting supaya menstrual cup kekal bersih, selamat dan tahan lama.
Semasa Haid
- Kosongkan setiap 6–12 jam.
- Bilas dengan air bersih (air paip pun memadai).
- Jika tiada air, boleh lap dengan tisu bersih & bilas kemudian.
Selepas Habis Haid
- Rebus menstrual cup dalam air mendidih 5–10 minit.
- Pastikan tidak menyentuh dasar periuk.
- Keringkan sepenuhnya sebelum simpan.
Cara Simpan
- Simpan dalam pouch bernafas (bukan bekas kedap udara).
- Elakkan simpan di tempat lembap.
Siapa Yang Sesuai Guna Menstrual Cup?
- Wanita Bujang atau Berkahwin
- Ibu selepas bersalain (pilih saiz sesuai)
- Wanita aktif & Bersukan
- Wanita yang nak haid lebih Tenang & Bersih
Nota:
- Kali pertama guna mungkin perlukan sedikit masa untuk biasakan diri – itu normal. Bila dah serasi, ramai wanita tak mahu kembali ke pad biasa.
Kesimpulan
Menstrual cup bukan sekadar alat haid, tapi satu pengalaman baru untuk wanita memahami tubuh sendiri, hidup lebih selesa dan lebih yakin walaupun sedang haid.
Kalau belum pernah cuba, mungkin inilah masa yang tepat untuk mulakan
Produk Utama Kami

Pantyliner Kain
Untuk kegunaan harian & aliran ringan
→ Sesuai sebagai permulaan

Cloth Pad
Untuk aliran sederhana hingga berat
→ Perlindungan lebih menyeluruh

Menstrual Panties
Untuk siang atau tidur malam
→ Selesa & bebas risau kebocoran

Menstrual Cup
Penyelesaian jangka panjang
→ Jimat, praktikal & mesra alam
Pakej Combo

Combo Basic 5 in1
Pilihan terbaik untuk yang baru beralih ke produk haid mesra alam! Set ini mengandungi 3 pantyliner, 1 menstrual cup, dan 1 panties. Memberikan perlindungan selesa dan bebas kebocoran sepanjang hari.

Combo Selesa 7 in 1
Untuk keselesaan tambahan dan perlindungan lebih baik! Kombo ini merangkumi 4 pantyliner, 1 menstrual cup, dan 2 panties, sesuai untuk hari aliran ringan hingga sederhana. Kekal segar dan yakin sepanjang kitaran haid.

Combo Lengkap 9 in 1
Pakej lengkap untuk pengalaman haid yang lebih selesa! Dengan 5 pantyliner, 1 menstrual cup, 3 panties, untuk memberi perlindungan menyeluruh untuk setiap peringkat kitaran haid. Tiada lagi kebocoran, hanya keselesaan maksimum!
Mulakan Perubahan Anda Hari Ini
Lebih Dari Produk, Ini Perjalanan Penjagaan Diri
Jadikan pantyliner kain sebagai langkah pertama ke arah penjagaan haid yang lebih sihat dan lestari bersama Mila Melia.