Tentang Kami

Tentang Mila Melia

Penjagaan Haid Lebih Bersih, Selesa & Mesra Alam

Mila melia membantu wanita menjaga kebersihan seharian & keselesaan sepanjang kitaran  haid dengan rangkaian produk mesra alam. Dari pantyliner kain premium minky depan + minky PUL belakang pad hingga menstrual cup. Direka untuk gaya hidup moden & patuh nilai muslimah.

Kisah di Sebalik Mila Melia

Mila Melia bermula daripada keprihatinan terhadap keselesaan dan kesihatan wanita dalam menjalani rutin harian, khususnya ketika haid. Kami percaya bahawa setiap wanita berhak menggunakan produk yang bukan sahaja selesa, tetapi juga selamat untuk tubuh dan tidak memudaratkan alam sekitar.

Daripada pantyliner kain sebagai langkah pertama, hingga kepada rangkaian lengkap seperti cloth pad, menstrual panties dan menstrual cup, setiap produk kami direka untuk menyokong perjalanan wanita ke arah gaya hidup yang lebih bersih, lestari dan seimbang.

Hari ini, Mila Melia bukan sekadar sebuah jenama — ia adalah ruang sokongan untuk wanita mempelajari, mencuba dan membina keyakinan dalam menjaga diri dengan cara yang lebih baik.

Misi & Visi Kami

Satu Jenama, Semua Keperluan Haid Anda

Misi Kami

Untuk membantu wanita mengurus haid dengan lebih mudah, selesa dan mesra alam melalui produk kesihatan wanita yang inovatif, selamat dan boleh guna semula.

Visi Kami

Menjadi jenama reusable period care yang dipercayai dalam menyediakan penyelesaian penjagaan haid yang selamat, selesa dan mesra alam untuk kesejahteraan wanita di setiap peringkat kehidupan.

NILAI TERAS KAMI

Nilai yang Membentuk Mila Melia

Keselesaan

Kami mengutamakan rasa lembut, breathable dan perlindungan yang membuatkan wanita kekal selesa sepanjang hari.

Kelestarian

Setiap produk direka untuk mengurangkan pembaziran dan menyokong gaya hidup yang lebih mesra alam.

Inovasi

Kami sentiasa menambah baik reka bentuk dan bahan bagi memastikan produk kami selamat, praktikal dan relevan dengan keperluan wanita moden.

Pemberdayaan Wanita

Kami percaya ilmu dan pilihan yang betul membantu wanita lebih yakin dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri.

Pengenalan Tentang Produk

INFO UNTUK PANTIES MENSTRUASI

Panties Menstruasi Anti Bocor | Seluar Dalam Haid Selesa & Bernafas

Panties menstruasi ini adalah seluar dalam haid kalis bocor yang dipakai seperti panties biasa — ringan, lembut dan bernafas. Direka khas untuk memberi perlindungan tambahan ketika haid tanpa rasa panas atau lembap walaupun dipakai lama.

Panties haid anti bocor • Lebih yakin bergerak

Panties menstruasi ini berfungsi sebagai backup keselamatan untuk mengelakkan kebocoran mengejut. Ia membantu melindungi pakaian daripada kesan bocor dan sesuai dipakai ketika bekerja, keluar rumah atau melakukan aktiviti harian.

Period panties ringan • Rasa bebas semasa haid

Panties menstruasi ini sangat sesuai dipakai bersama menstrual cup. Ramai pengguna merasai keselesaan seperti tidak memakai apa-apa ketika haid. Ia bertindak sebagai perlindungan sokongan sekiranya berlaku kebocoran kecil daripada cup.

Seluar dalam haid sebagai backup pad.

Apabila dipakai bersama pad, panties menstruasi ini menjadi penyelamat jika pad bocor. Membantu mencegah darah haid daripada terkena seluar atau pakaian, sekali gus memberi rasa lebih yakin sepanjang hari.

Lapisan kalis bocor direka sehingga ke bahagian atas panties, menjadikannya sesuai untuk tidur malam walaupun banyak bergerak. Kurangkan risiko bocor ke tilam dan cadar supaya tidur lebih lena.

Seluar dalam haid kapas • Tidak panas

Diperbuat daripada material lembut, bernafas dan mesra kawasan sensitif. Panties menstruasi ini selesa dipakai sepanjang hari serta tidak mudah luntur warna dengan penjagaan yang betul.

Panties menstruasi ini bukan pengganti pad sepenuhnya untuk aliran haid berat, tetapi seluar dalam haid anti bocor yang sangat penting sebagai perlindungan tambahan. Terutamanya untuk tidur malam, aktiviti luar dan penggunaan menstrual cup.

INFO UNTUK PANTIES MENSTRUASI

Menstrual Cup: Apakah Ia & Kenapa Wanita Wajib Cuba Sekurang-kurangnya Sekali

Menstrual cup ialah alat kebersihan haid yang diperbuat daripada silikon perubatan (medical-grade silicone) dan digunakan dengan cara dimasukkan ke dalam faraj untuk mengumpul darah haid, bukan menyerap seperti pad atau tampon.

Ia boleh digunakan sehingga 8–12 jam, bergantung kepada aliran haid, dan boleh dipakai semasa tidur, bekerja, bersenam malah ketika travel tanpa rasa risau bocor.

Menstrual cup kini menjadi pilihan ramai wanita kerana ia:

  •  Lebih selesa & bebas bergerak
  • Jimat kos jangka panjang
  • Mesra alam & kurang sisa
  •  Lebih bersih bila dijaga dengan betul

1. Rasa “tak pakai apa-apa” masa haid

  • Bila saiz sesuai dan dipakai dengan betul, ramai wanita rasa langsung tak sedar mereka sedang haid. Tiada rasa lembap, tebal atau melekat seperti pad.

 

2.Kurang risiko bocor

  • Menstrual cup membentuk seal di dalam faraj. Bila dipakai bersama panties menstruasi, ia jadi perlindungan berganda yang sangat meyakinkan – siang atau malam.

 

3. Jimat beratus ringgit

  • Satu menstrual cup boleh tahan 5–10 tahun. Tak perlu beli pad setiap bulan. Pelaburan sekali, guna lama.

 

4. Lebih mesra tubuh wanita

  • Tiada bahan kimia, pewangi atau gel penyerap. Sesuai untuk wanita yang kulit sensitif atau kerap gatal bila guna pad biasa.

 

5. Pilihan lebih bertanggungjawab untuk alam sekitar

  • Kurangkan pembuangan pad pakai buang setiap bulan. Lebih bersih, lebih lestari.



Penjagaan yang betul sangat penting supaya menstrual cup kekal bersih, selamat dan tahan lama.


Semasa Haid

  • Kosongkan setiap 6–12 jam.
  • Bilas dengan air bersih (air paip pun memadai).
  • Jika tiada air, boleh lap dengan tisu bersih & bilas kemudian.

Selepas Habis Haid

  • Rebus menstrual cup dalam air mendidih 5–10 minit.
  • Pastikan tidak menyentuh dasar periuk.
  • Keringkan sepenuhnya sebelum simpan.

Cara Simpan

  • Simpan dalam pouch bernafas (bukan bekas kedap udara).
  • Elakkan simpan di tempat lembap.



Nota:

  • Kali pertama guna mungkin perlukan sedikit masa untuk biasakan diri – itu normal. Bila dah serasi, ramai wanita tak mahu kembali ke pad biasa.

Kesimpulan

Menstrual cup bukan sekadar alat haid, tapi satu pengalaman baru untuk wanita memahami tubuh sendiri, hidup lebih selesa dan lebih yakin walaupun sedang haid.

Kalau belum pernah cuba, mungkin inilah masa yang tepat untuk mulakan

Mulakan Perubahan Anda Hari Ini

Lebih Dari Produk, Ini Perjalanan Penjagaan Diri

Jadikan pantyliner kain sebagai langkah pertama ke arah penjagaan haid yang lebih sihat dan lestari bersama Mila Melia.